Posts

:: Cantik Di Hati ::

Hidup ini menjadi bermakna apabila ilmu kita terus bertambah dari masa ke semasa. Sesungguhnya kesalahan da kesilapan tidak menjadi penyebab manusia terjerumus kedalam seksaan Allah kerana manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Tetapi, sifat tidak mahu memperbaiki diri yang menjadi penyebab kita hampir dengan azab Allah. Sebesar manapun kesalahan kita dapat dihapuskan dengan bertaubat. Asalkan kita segera meninggalkan kesalahan itu dan berusaha memperbaiki diri sendiri. Firman Allah yang bermaksud , "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan pada sesuatu kaum, tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak akan ada pelindung bagi mereka selain Dia (surah ar-Ra'd ; 11)

:: Ada-ada je Sayer ni ::

Assalamualaikum semua. Harap semuanya sihat sentiasa.Alhmdulillah,dah raya dah pun.Tapi kalau nak ikut kan feel raya tu..memang dah x daq. yela..feel time zaman kana-kanak je la. skrang ni dah tua. =p cukuplah terasa nikmatnya makan lemang yang selama ni daku impikan.hehe. Dah sibuk dengan raya ni, lepas ni sahabat-sahabat mesti sibuk dgn final exam kan..kesian kamu orang. =) Bukan ape, sebaiklah sy dah habis final, yela..pulun time puasa tu..memerah otak dengan perang exam.huh..lega. Harap kamu orang banyak-banyak bersabar.. GOOD LUCK 4 Ur exm Ya.. CumA kamu orang doakan natijahnya baik untuk saya. Now, jadi suri rumah sepenuh masa selama sebulan. Sesiapa yang memerlukan maid, sila la hubungi sy. Sy sedia berkhidmat.hehe.. Gurau je. =) Nway, jaga diri baik-baik semua. Jangan lupa puasa enam. moga beroleh keberkatan.insyaAllah. =)

:: Hari lebaran::

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Selamat hari raya buat semua.. maaf segala kesilapan dan kekurangan diri ini. mOga lebaran kali ini mendapat keberkatan dariNya.. p/s: Maaf, simple sangat wish ni.hee. banyak keje nak kena buat kat umah ni. =)

[KETENANGAN:: JIWA ] : Ambillah waktu seketika untuk menangis...::

Assalamualaikum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan.. Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar rohani anda hari ini? Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian? idhhakuu qaliilan wabkuu khatiiraa (Ketawalah sedikit dan menangislah banyak) Dalam seharian kita hidup didunia,jiwa yang kadang-kadang sering jauh dari Allah sentiasa membuatkan kita alpa...Astagfirullah,kita banyak bergembira dari bersedih...kita banyak ketawa dari menangis,kita banyak menyayangi keduniaan kita dari Allah s.w.t....saya mahu nasihatkan diri saya dan kalian semua,marilah kita kurangkan ketawa didunia..kita mungkin ketawa didunia dan menangis di Akhirat,kita mungkin bergembira didunia dan bersedih di Akhirat.... jgnlah seperti itu.... Saiyidina Ali berkata: "Adapun Allah s.w.t di muka bumi ini bejana-bejana; iaitulah hati manusia. Sebaik-baik hati ialah yang bersih, tegas dan lunak. Kemudian beliau menjelaskan pula; Maksudnya, bersih dalam keyakinan, t...

:: Madrasah Istiqamah ::

Assalamualaikum,salam ramadhan.. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. "JADIKAN IA MADRASAH DALAM MENTARBIYYAHKAN ROHANI, JADIKAN IA LADANG DALAM MENABUR BENIH ISTIQAMAH" Tak disangka sudah seminggu kita berpuasa,dibulan ramadhan yang mulia ini,tak terlambat untuk saya memohon maaf seandainya salah kata,tersilap bicara dengan sahabat2 sekalian.. "DiBulan ramadhan tersimpan kunci penyucian jiwa" Allahualam..

:: Apa Salahnya Perempuan Tak Pandai Masak? ::

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. ”Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutny...

:: Mencintai Tidak Bererti Memiliki ::

Janganlah kau angkuh melaungkan... Si dia kepunyaan mu ... Atau kau kepunyaan si dia ... Kerana hakikatnya... Kita tidak pernah memiliki sesiapa... Walau sekeping hati seorang insan... Tidakkah kau sedar... Hukum alam menyatakan... Mencintai tidak semestinya memiliki?... Manusia pandai berpura ... Berlakon di pentas dunia... Dan bertopeng menutup rahsia.. Tetapi hati... Tidak pernah berdusta pada empunya... Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya... Tidakkah kau sedar... Mungkin si dia melafazkan... Ungkapan cinta pada mu ... Tetapi hati dan perasaannya... Tidak pernah berniat begitu... Dia hanya berselindung... Di sebalik sejuta alasan... Dan kau... Begitu jujur dan setia mencintainya.. Sehingga terlupa.. Hukum alam menyatakan.. Mencintai tidak bermakna memiliki.. Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki diri mu..." "Dan kau jua tidak memiliki diri ku." Mengertilah... Kita sebenarnya kepunyaan.. Yang Maha Esa... Tiada se...