Posts

Showing posts with the label ukhuwah

Best friends Ever ...

Image
  Buat tatapan sahabat-sahabatku,   Aku bukan teman yang bisa memberikan kau segala yang kau perlukan jika kau berada dalam kesulitan. Tapi yakinlah, aku adalah temanmu yang tetap setia disisimu meniupkan kata-kata semangat jika kesulitan menghantui dirimu. Aku juga bukan teman yang akan memberikan kamu segunung harapan agar kamu boleh berharap dan bersandar terus padaku. Namun aku akan menjadi teman yang akan berusaha meratakan segunung beban jika suatu hari kelak bebananmu menumpuk hebat. Aku justeru bukan teman yang akan berjanji seribu madah indah untuk menyenangkan hatimu. Tapi aku akan memastikan aku tidak akan mengucapkan sepatah pun kata hina yang bisa menyakitkanmu. SITI SAKINAH. SHARINA. SITI RAUDAH , JUWAIREYAH, HAWA.LIYANA.   THANKS FOR EVERYTHING.TERIMA KASEH SELALU HADIR DALAM HIDUPKU TIKA SENANG DAN SUSAH ♥ FRIENDSHIP

✿ I'm Happy For You

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Masa berlalu pergi dengan pantas sekali. Terasa segalanya keadaan berlalu tanpa disangka-sangka. Siapa yang tahu akan terjadi selepas ini kan. Selepas habiskan diploma di Kuis, sahabat2 masing2 buat haluan. Ada yang bekerja, ada yang dah kawen, ada yang dah bertunang dan ada yang kuat semangat menyambung semula belajar diperingkat yang lebih tinggi. Ukhti Juwaireyah Ariffin Time running so fast right? where does the time go? Hard to believe that my bestfriend is already married and have a little cute serikandi. Beautiful name's ✿ Aisyaa Humaairah ✿ Alhamdulillah, lahirlah seorang puteri ke dunia pada 14 febuari 2011, jam 12.09 tengahari. Berat Baby Humaairah 2.3 kg. Ringankan. :) Diberi nama Aisyaa Humaairah binti Mohd Mustaqim. Syukur segalanya selamat dan baik-baik. Setelah bertungkus lumus berubat dan jumpa doktor apabila Ju kelihatan lemah sangat time Humaairah dalam kandungan Ju. Ju sakit, lemah, tak boleh cakap sangat, dan alahan2 Ju teruk sa...

Jika Sayang, berilah Kemaafan

Image
Betapa sukar sekalipun, kita wajib memaafkan. Itulah kata-kata yang sering bermain difikiranku. Susahkan memaafkan seseorang yang sudah menyakitkan hati kita dan menganiya kita. Tapi kadang-kadang kemaafan itu memberi ketenangan buat diriku, dan mudahan-mudahan ia nya memberi ketenangan buat dia. walaupun ditelan pahit sangat, macam telan ubat la… Kini, aku sedar kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang tak kemana. Yelah…masalah tu akan menyeksa diri kita sendiri juga. Terkadang aku terlalai dengan keasyikan emosi yang meluap-luap…menunggu saat untuk meletup je. Alhamdulillah, mujur Allah membimbing hati ini.lembutlah hati ini. ^-^ Untuk mendapat ketenangan perlu memberi kemaafan. Memang senangkan. Ya, aku sudah memaafkanmu. Tapi ikhlas kah aku? Mungkin take time. Tapi boleh ke kita menyayangi dia? ….waa..banyak betul persoalannya..kita dah maafkan, tapi mustahil perkara yang telah berlaku boleh hilang dalam ingatan begitu saja? Oh, tidakkk ! nak menyayangi…lagi la mustahi...

:: Andai Kau Ingin Bersahabat ::

Image
Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.... Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.... Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.... Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.... Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna... Tapi bersahabatlah kerana Allah... Buat sahabat yang kucintai lillah.. ukhti Ju & ukhti Hawa Ku harapkan ukhuwah kita akan berkekalan mekar daiman fi qalbi wa syurga firdausi. Salam perjuangan, moga kita dapat sama-sama bermujahadah dalam mencari ilmu Allah,ikhlas kernaNYA. ...

Persahabatan dan kasih sayang

Image
sahabat seperjuanganku 1-Rasulullah s.a.w. pakai istilah sahabat. Setengah je maah juga begitu. Terasa lebih halus, lebih mesra, lebih erat. 2- Imam Ghazali pun guna sahabat. Malah sahabat pentin g kerana ia merupakan salah satu dari cara mendapat taufik, setelah mendapat hid ayah 3- Asas persahabata n: berpegang teguh kepada hukum Allah SWT: 4- Asas persahabatan ini terangkum dalam aqidah, syari at dan akhlak. · Aqidah (dari Ilmu Tauhid): takutkan Allah SWT (neraka, terputus cinta dan kasih sayang, terputus bantuan, etc). Kaedah e.g. sembahyang - sembahyang kera na menghambakan diri kepada Allah SWT, bukan kerana kewajipan semata-mata baka r mazmumah, lahir peribadi agung, menaungi sahabat dan masyarakat). · Syariat (dari Ilmu Feqah): Melaksanakan peraturan-peratur an Allah SWT · Akhlak (dari Ilmu Tasauf): hapuskan mazmu mah, masukkan mahmudah. E.g. merasa Islam kepunyaan bersama; orang lain mendaulahkan Islam, kita seronok. * Ta...

Erti persahabatan

Image
Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan im...