Posts

Showing posts with the label Hawa

Respect a Woman

Image
♥ ~ When I was born, A Woman was there to hold me. (My MOTHER) ♥ ~ I grew as a child, A Woman was there to care 4 me & play with me. (My SISTER) ♥ ~ I went to school, A Woman was there to help me learn. (My TEACHER) ♥ ~ I became depressed whenever, I lost A Woman was there to offer a shoulder. (My CLASSMATE) ♥ ~ I needed company, compatibility, & Love; A great woman was there 4 me. (My WIFE) ♥ ~I became tough, A Woman was there to melt me. (My DAUGHTER) ♥ ~ When i die, A Woman is there to absorb me in. (My MOTHERLAND) +_+ A WOMAN has a big role in our Society as Allah (swt) elevated her Status in Islam. Alhamdulillah :) So, Treasure your W O M E N .. ♥ ♥ ♥

✿ Dambaan Kalam Hati Wanita

Image
Subhanallah….. Dambaan kalam hati wanita (muslimah sejati) Al-kisahnya bermula……… Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itu lah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu". "Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana ke baikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan .Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bag...

♥Wanita Itu Sendiri Adalah Rahsia

Image
Adakah wanita itu sendiri adalah rahsia dan lelaki ialah seorang yang banyak menyimpulkan rahsia dan sukar dimengertikan? Mahu bicara rahsia dalam diri wanita… Wanita bercerita dengan air mata, duduk bersimpuh selepas takhiyyat akhir dan menyimpul doa. Selepas doa, wanita sering menangis. Air mata wanita amat murah pada hati yang amat ikhlas dan jujur. Mengapa wanita menangis? Tangisan adalah satu suara untuk dikeluarkan, didengari. Bagi seorang ibu, pengorbanan dirinya tiada langsung untuk dicagar atau diganti. Cuma mohon si anak mengerti. Tapi anak amat sukar untuk akur pada kisah korban ibu mahupun cerita ibu untuk memanusiakan dirinya. Anak selalu lupa, pada setiap hentian doa dan kalimah syukur si ibu itu adalah didahulukan untuk anak dan orang sekelilingnya. Misteri dalam diri wanita itu punya satu lingkaran hidup agar orang lain tersenyum, biar pun dirinya menangis. Ada wanita kuat suaranya, bagai mahu tebelah langit ke tujuh, bagai mahu keruh air di lautan, dan bagai mahu mati ...

.Nailah Al-farafisyah.

Image
Dear readers, Mari sama-sama kita menghayati kisah disebalik kisah wanita suci srikandi Nailah Al-farafisyah. Dia seorang wanita yang cantik dan baik akhlaknya, isteri Khalifah Uthman bin Affan, Nailah Al-Farafisyah. Seorang isteri yang ikhlas, setia dan taat pada suami. Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy malah mempunyai ayah yang menganut agama nasrani, namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu kerana kelebihan kecantikkan, kebijaksanaan, kefasihan lidah serta kematanganfikirannya. Nailah hidup di rumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan. Ketika pengepungan selama 50 hari di rumah Khalifah Uthman, orang yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah. Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah. Tiga orang telah terbunuh. Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah, namun masih ada dua orang yang melanggar perintah itu...

Am I A Truly Muslimah?

Image
Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri .. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.... Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah ... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah ...

Isteri Solehah - Sentiasa bersyukur, Tidak cerewet atau Merungut.

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, ",nti ,apa tandanya isteri solehah?" Saya menjawab, "Wardah, kau tentunya lebih 'arif daripadaku untuk menjawabnya..." Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini. Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya. Nabi Ibrahim : Siapakah kamu? Menantu : Aku isteri Ismail. Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail? Menantu : Dia pergi berburu. Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? Menantu : Oh, kami semua dalam kesempi...

:: Luahan Hati Yang Tak Berkesampaian ::

Image
Wahai Muslimah Bakal Penghulu Bidadari Syurga, Dihatiku,mengundang kerisauan.Risau melihat kaumku dizaman ini. Hatiku sering tertanya-tanya..Tidak takutkah dengan azab Allah? Kecantikkan itu hanya sementara, jagalah hijabmu. Kerana ianya mahkota yang terlalu mahal sekali bagi seorang wanita yang beragama Islam. Wanita ibarat bunga...cantik indahnya pada pandangan ma ta hanya sementara...yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...kerana akhlaq itu umpama bunga diri...tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk...tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...ibarat bunga...a da yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar...tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya... Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu ba ngsa terletak di tangan wan...

Dimana Canteknya Wanita??

Image
Menurut Qatadah,wanita Jahiliah berjalan dengan gaya ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang di atas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai dilehernya, subagn & perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda. Mereka juga bergaul bebas dengan kaum lelaki. Oleh itu wantia Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya waita jahiliah itu tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenarnya dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-menunjuk dan memikat dinyatakan seperti berikut: 1. Menundukkan pandangan: Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita ialah kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya adalah dengan menundukkan pandangannya seperti firman Allah yang bermaksud: “ Katalah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannnya.( An-Nur ) 2. Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh a...

Kuasa Seorang Perempuan Yang Punya Maruah

Image
KUASA LAYANAN PEREMPUAN * Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah. KUASA DOA PEREMPUAN * Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia." KUASA TAQWA PEREMPUAN * Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya. * Kuasa taqwa lebih mudah diper...

Pesanan untuk orang cantek

Perhatian ya..yg cantek2..hee..skadar nak kongsi. Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak ...

Sahabat-sahabat bakal penghulu bidadari syurga

Image
salam alaik. Apa yang saya ingin tekankan disini sebenarnya tentang isu ini, tentang bercerita musibah atau ujian yang menimpa kita, bercerita tentangnya, itu satu kebiasaan kan?.. Dari Anas bin Malik r.a. , dia berkata ”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya Allah telah berfirman: jika hambaKU Aku uji dengannya pada kedua matanya, namun dia bersabar, maka Aku akan menggantikan dari keduanya itu dengan syurga” (Hadith ditakhrij Oleh Bukhari) Fudhail bin ’Iyadh Rahimahullah pernah menerima pengaduan orang yang sedang ditimpa ujian . Maka dia berkata kepadanya: ” Hai , kamu ini malah mengadukan zat yang mengasihimu kepada orang yang tidak mengasihimu Sebahagian orang-orang soleh terdahulu mengatakan : Barangsiapa mengadukan musibah yang menimpanya , beerti seolah-olah dia telah mengadukan Rabbnya.yang dimaksudkan ini bukanlah pengaduan seseorang pada doktor tentang penyakit yang dideritainya. Namun yang dimaksudkan adalah umpatan atau keluhan atas cubaa...

~Dari hatiku untukmu~

Image
Assalamualaikum.. Wahai sahabiah-sahabiah sekalian..Ana harap antuna sentiasa sihat selalu dan yang pasti sentiasa menjaga diri dari fitnah dunia. Moga Allah sentiasa mengawasi antuna dari kelalaian itu.Aameeen. Sesungguhnya Rasulullah sebelum baginda wafat,ada mengatakan bahwa kita kaum wanita adalah sebesar-besar fitnah bagi lelaki. Sahabatku sekalian, Maaf andainya apa yang ana katakan ini mungkin mengusik hatimu atau mungkin membuatmu tercabar. Maaf sekali lagi... Moga Allah sahaja dapat membuat penilaian ke atas diri ana yang hina ini. Tapi sahabatku , Beri ruang pada dirimu untuk menghayati kata-kataku ini.Sesungguhnya Allah ada berfirman "Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" (Adz Dzaariyaat : 51) Demi kasih ana pada antuna semua, di sini ingin ana membuat sedikit teguran.. mungkin antuna tak perasan dan mungkin antuna perasan.Betulkan niat antuna jika sekiranya ada meletakan gambar-gambar di dala...

wanita dan air mata

Image
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…" Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan." Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya: "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepal...

Mujahadah bidadari syurga

Image
: Mujahidah Bidadari Syurga:.~ Bicara Hati Mujahidah Itu.. Rahsia cintanya Hanya Tuhan yang tahu Kepada-Nya berdoa selalu Hingga dikatakan jual mahal Melukainya meresahkan kesal Sedangkan api cinta marak bahangnya Pada Allah tersimpan rahsianya Di luaran dia tenang Di hati iman ditentang Antara dua cinta yang saling berebut Cinta Allah selalu mengunggul Hari demi hari masa berlalu Kepada nafsu dipesan selalu. Dikatakan orang diam saja Sedangkan dia masih remaja Kata orang mengapa tak punya rasa Sedangkan dia tetap ceria Kata orang mengapa dia bahagia Sedangkan dia tak punya cinta Kata orang mengapa mantap hatinya Tapi tiada rijal penguatnya Rabiatul Adawiyah itulah idolanya Sumayyah itulah obornya Khawlah itulah kecemburuannya ‘Atikah itulah kekagumannya Nusaybah itulah pahlawannya Fatimah itulah teladannya Aishah itulah buktinya Khadijah itulah kebanggaannya Ya! Ingin jadi Wanita Solehah! Itu mimpinya di malam hari Itu angannya di siang hariItu bicaranya sehari-hari Menjadi isteri sen...

Duhai bidadariku

Duhai Ukhtiku, Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti, saudariku muslimah untuk menjadi bidadari di dunia dan di akhirat nanti? Pernahkah kau membayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi simpanan hamba-hamba Allah yang shalih dan bertakwa? Pernahkah engkau mengangankannya? Pernahkah engkau mengimpikannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya? Sesungguhnya bidadari dunia adalah ia para wanita yang shalihah, memurnikan ibadah hanya untuk-Nya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan rabb-Nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia. Sosok yang merindukan keredhaan Allah dan rasul-Nya. Selalu terbayang dalam pelupuk matanya syurga yang dijanjikan Allah menantinya dari pintu manapun ia suka, ia bisa memasukinya. Wanita solehah itu, auratnya sentiasa dijaga, pergaulannya dipagari ibarat mawar berduri. Ia punya malu sebagai pengikat diri, malunya bertempat tidak pada menyatakan yang hak. Indahnya seindah hiasan duniawi. Hatinya selal...