Tidur Sunnah Rasulullah
Assalamualaikum.... Dear readers, hopefully sihat walfiat.. fuh.. rasa lama tak update blog.. banyak je idea nak celoteh tapi memang kena settle kan komitmen yang lain dulu.. nak cerita tentang pengalaman raya sebagai seorang isteri buat pertama kalinye pun tak sempat, mungkin kena tunggu entry yang lain. InsyaAllah. Bila skrang nie tengah termenung-menung, teringat dulu-dulu masa di zaman sekolah agama, zaman hostel, kami wajib membaca Al-Quran sebelum tidur. setiap malam antara surah wajib sebelum tidur adalah surah al-mulk. al-mulk bermaksud 'the kingdom' ataupun kerajaan atau kekuasaan. hurm...bila dah masuk alam universiti kenapalah amalan mcm ni saya tinggalkan. sedih jugak dengan diri ni kadang-kadang. malam ni tergerak untuk saya cari fadhilat membaca surah al-mulk sebelum tidur. Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafa...