Posts

Showing posts with the label kaseh kekaseh

Saat Yang Paling Bahagia

Image
Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? " Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.." Si isteri terdiam sejenak. Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?" Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.." Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6) "Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491) ...

Kau Pilihanku

Image
Bila sang kumbang mula menghidu haruman mawar, aku pasrah setiap gadis berhak disunting. Masa yang berlalu dan umur yang begitu muda membuatkan aku mengambil masa yang agak lama untuk memberi jawapan "YA". Sepanjang bergelar muslimah, aku perlu banyak memperbaiki diri, menjadi solehah, anak solehah dan segala2nya. Kuyakini janji Allah S.W.T yang terakam dalam surah al-Nur, maksudnya:- “Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur 24:26) Ummi selalu menceritakan tentang kebaikannya padaku. Aku kagum dengan dia kerana dia bukannya mengambil hati aku dahulu tapi sebaliknya. Dia terus berhubung dengan Ummie dan memenangi hati Ummie Abahku. Caranya yang bijak ini membuatkan aku tidak mempunyai alasan langsung untuk meragui agamanya dan kebaikannya. Ianya sangat terbukti sudah bahawa dia seorang yang matang dan serius pada setiap langkahnya. Aku bukan seorang yang mudah untuk berka...

✿ Hidupku Kuserahkan PadaMu

Image
Ada banyak cita-cita dan perkara yang saya inginkan tetapi seringkali tidak tertunai. Ya, sepanjang hidup saya tidak banyak yang saya inginkan itu menjadi kenyataan. Oh, rupanya ALLAH itu memandang jauh lebih hadapan. DIA memberikan sesuatu kerana keperluan manusia bukan menurut kehendak manusia. Adakalanya saya menghendakkan yang ini tetapi sebenarnya saya lebih memerlukan yang itu, lalu DIA berikan yang itu walaupun hamba-Nya seringkali merungut. Kini, barulah saya menyedari, apa yang baik itu bukanlah kerana kehendak dan aturan saya tetapi datangnya daripada ALLAH yang lebih memahami keperluan saya. Hari ini saya mampu tersenyum dengan semua kurniaan ini, kalaulah dahulu saya tidak bisa menahan satu peratus daripada kesabaran saya kerana menurut kehendak hati, mungkin saya tidak akan memperolehi kebahagiaan seperti hari ini . Sekarang saya sedang menunggu hari-hari bahagia saya bersama dia. Sesungguhnya, Allah lebih tahu cepat atau lambat jodoh itu.. :) Doakan kebahagiaan saya.. Ma...

✿ Surat Buat Bakal Suamiku

Image
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh… Dear calon suamiku… Apa kabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan syukur karena dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanu atas amanah yang saat ini tengah kau genggam? Wahai Calon Suamiku… Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya? Disini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak. Meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi, namun kini kurasakan diri ini lebih baik. Kadang aku bertanya-tanya, kenapa Allah selalu mengujiku tepat dihatiku. Bagian terapuh diriku, namun aku tahu jawabannya. Allah tahu dimana tempat yang paling tepat agar aku senantiasa kembali mengingat-Nya kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian Insya Allah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga telah memiliki aku dihatimu, menemani harimu. Calon suamiku… Entah dimana dirimu sekara...

✿ Inside Ur Heart

Image
Cantik wanita kat mana? Hensem lelaki kat mana? Semuanya kat hati. Tapi hati tak dapat dipandang dengan mata. Dengan itu tengoklah akhlaqnya. Kerana apa yang ada pada hati, kebiasaannya terpancar pada kelakuannya. Kita ada mata, gunalah dalam menilai. Kita juga ada hati, dalamilah dengan hati. Jangan guna mata sahaja, gunlah semua yang ada terutamanya hati. Allahualam ^______^

:: Jalan Cinta ::

Image
Ramai orang berpandangan, Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang, Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan, Mereka sebenarnya terlepas pandang, Dalam islam ada ta'aruf dalam tempoh RISIK dan bertunang, Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan, Ta'aruf itulah mendedahkan keserasian, Cuma takrif' ta'aruf, dan serasi dan fikiran manusia berlainan, Islam mengajar manusia ta'aruf yang ada sempadan, Terpelihara dan terjaga kemaksiatan, Bukan ta'aruf melalui bercinta sakan, Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, Bukan serasi dengan kehendak pasangan, Cinta al Rahman menjana kebahagiaan, Lantaran itulah,batasanNYA tidak boleh dipermainkan.

indahnya kata-kata hiasan duka

1. Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan........ ....Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu. 2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan. 3. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita. 4. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya. ...

PeLajaR daN ciKgu...

Image
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:- Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa y...

Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta

Image
Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?… Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak. Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan. Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka. Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita m...